SESI SERAHAN BUNTING “BAYARAN TANPA TUNAI MARAeps” KEPADA BAHAGIAN KEWANGAN MARA

Ibu Pejabat MARA, 9 Julai 2024 – Satu majlis ringkas serahan bunting “Bayaran Tanpa Tunai MARAeps” oleh RCB kepada Bahagian Kewangan MARA (BKW) telah diadakan pada hari ini bertempat di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.
Bagi tujuan ini, pihak PayNet telah bersetuju untuk bekerjasama dengan RCB dan MARA untuk membekalkan sumbangan bunting sebanyak 363 unit untuk diagihkan oleh pihak RCB kepada seluruh pusat MARA di seluruh Malaysia bermula pada bulan Julai 2024.
Serahan bunting ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin Bin Hashim kepada Pengarah Bahagian Kewangan MARA, Dr. Azmi bin Amat Murjan. Turut sama dalam majlis ini adalah En. Mohd Johari Idham bin Amiruddin, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, En. Ammaturrahman Arifin & Puan Assyifa Razman bagi mewakili pihak RCB dan Puan Norli Hj Kasim & En. Asri Hasbullah mewakili pihak MARA.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *