SESI PENYERAHAN MOCK-UP CHEQUE SUMBANGAN RCB KEPADA BADAN UGAMA DAN KEBAJIKAN MARA (BUKM) BAGI KUTIPAN TABUNG SUMBANGAN PALESTIN

Kuala Lumpur, 27 Oktober 2023 – Berlangsungnya sesi penyerahan mock-up cheque sumbangan daripada syarikat dan kakitangan RCB kepada Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) bagi kutipan Tabung Sumbangan Palestin di lobi MARA, Menara MARA hari ini.
MARA dengan kerjasama Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) telah mengadakan kutipan bagi sumbangan di bawah nama ‘Tabung Sumbangan Palestin’ kepada rakyat Palestin yang ditimpa musibah akibat serangan regim Zionis sehingga menyebabkan ramai penduduk terbunuh serta kehilangan harta benda.
Mock-up cheque ini telah diserahkan oleh Puan Aida Aizati binti Ishak, Penolong Pengurus Unit Kewangan Rural Capital Berhad (RCB) kepada Encik Ahmad Sofi bin Abdullah, Yang Dipertua Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM). Terima kasih kepada semua kakitangan RCB yang telah memberi sumbangan kepada Tabung Sumbangan Palestin ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *