Cheras, 3 Mei 2024 – Rural Capital Berhad bermurah hati untuk menyumbang 16 buah laptop terpakai bagi kegunaan para pelatih GIATMARA untuk sesi pembelajaran mereka. Sumbangan ini diserahkan kepada Encik Wan Mohamad Hazman, Pengarah GIATMARA Wilayah Persekutuan bertempat di GIATMARA Cheras hari ini. Semoga dengan sumbangan murni ini dapat memudahkan para pelatih untuk menimba ilmu pengetahuan dengan kondusif untuk berjaya dalam pelajaran.
Turut hadir, Puan Nik Azleen, Pengurus GIATMARA Cheras, Encik Mohd Johari Idham, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, Puan Irca Jalil, Ketua Unit Teknologi Maklumat dan Encik Al-Rabani Hakim, Ketua Unit Komunikasi Korporat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *