Kuala Lumpur, 6 Mei 2024 – Telah berlangsung Sesi Pembentangan Kajian Keberkesanan Program Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) bagi Tahun 2023 daripada Prof. Madya Dr. Muhamad Nizam bin Jali, wakil Universiti Poly-Tech MARA kepada Rural Capital Berhad (RCB) di Ibu Pejabat RCB hari ini.
RCB sebagai salah satu penyumbang utama dengan sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada UPTM untuk menaja satu penyelidikan daripada UPTM iaitu ‘Impact Assessment Study On The Effectiveness Of Rural Economy Financing Scheme (SPED) Program’. Hasil daripada pembentangan ini, beberapa cadangan yang telah diusulkan untuk menambahbaik program SPED untuk para usahawan akan datang.
Antaranya adalah menawarkan program pendidikan kewangan perniagaan kepada pemohon sebelum pinjaman diluluskan. Selepas pinjaman di luluskan, peminjam harus dipantau dengan meningkatkan sokongan perundingan setiap 6 bulan.
Turut serta dalam sesi pembentangan ini adalah Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Dr. Nan Zakiah binti Megat Ibrahim, Pensyarah Kanan Perniagaan UPTM, Encik Mohd Zulkernain Iskandar bin Ramlee, Ketua Bahagian Perniagaan, Encik Amansahrin bin Ahmad Moghni, Ketua Bahagian Operasi Sokongan Perniagaan, Encik Mohd Johari Idham bin Amiruddin, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat dan Puan Siti Hajar bin Aladin, Ketua Unit Pembiayaan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *