Alor Setar, 17 September 2023 – Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 6 Tahun 2023 telah berlangsung di Frazel Expo & Convention Hall, Alor Setar, Kedah.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Rural Capital Berhad (RCB) turut terlibat sebagai rakan strategik bersama Pentadbiran Desamall E-Lokal dan turut bersama-sama mempromosikan produk Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED).
Turut bersama dalam program ini ialah YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *