Johor Bahru, 19 September 2023 – Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 5 Tahun 2023 telah berlangsung di Persada International Convention Centre, Johor Bahru.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Rural Capital Berhad (RCB) juga terlibat dalam program ini dengan sesi penyerahan surat kerjasama strategik bersama Pentadbiran Desamall E-Lokal dan turut bersama-sana mempromosikan produk Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED).
Turut bersama dalam program ini ialah YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *