Kuching, 3 April 2024 – Rural Capital Berhad (RCB) telah menyumbang bantuan wang sara hidup kepada 20 penerima keluarga asnaf B40 yang juga merupakan penerima zakat di Majlis Berbuka Puasa Bersama Agensi KKDW yang telah diadakan di Waterfront Hotel.
Program ini merupakan program anjuran KKDW bertujuan untuk menyantuni kakitangan KKDW dan agensi dibawahnya. Penyerahan sumbangan RCB Peduli bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan sekaligus boleh meringankan beban penerima dalam persiapan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.
Selain itu, Cawangan Rural Capital Sarawak juga hadir di Majlis Perlancaran MARA Halal Industrial (MHI) Park Demak Laut yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Majlis pelancaran turut dihadiri oleh YBhg. Puan Ajar @ Siti Ajar binti Yasin, Ahli Majlis MARA, Pengurusan MARA Ibu Pejabat, Pengawal Pusat MARA di Sarawak serta Siti Azyinie dan Nur Stephanie mewakili RCB.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *