Pihak Rural Capital Berhad (RCB) ingin menegaskan bahawa halaman (page) yang menggunakan nama “Rural Capital Bhd” dan memaparkan kandungan tidak sesuai adalah tidak dikendalikan dan tiada sebarang kaitan dengan RCB.
RCB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan, promosi atau aktiviti yang dipaparkan oleh pihak berkenaan. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terkeliru dan sentiasa merujuk kepada saluran rasmi RCB untuk maklumat sahih.
