MAJLIS PENYERAHAN SIJIL KEPATUHAN SYARIAH BAGI PRODUK PEMBIAYAAN SKOPP DARIPADA PENASIHAT SHARIAH, ELZAR SHARIAH SOLUTION & ADVISORY SDN BHD KEPADA RURAL CAPITAL BERHAD

Telah berlangsung Sesi Penyerahan Sijil Kepatuhan Syariah bagi produk pembiayaan SKOPP, daripada penasihat Syariah, pihak Elzar Shariah Solution & Advisory kepada RCB pada pagi ini bertempat di Pejabat Korporat RCB.
Sijil Kepatuhan Syariah telah diserahkan oleh Founder Elzar Shariah Solution & Advisory, YBhg. Professor Dr. Zaharuddin Abd Rahman kepada YBrs. kepada Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad (RCB).
Turut hadir bersama adalah penasihat undang – undang RCB,Tetuan J.Lee & Associates yang diwakili oleh YBrs. Encik Muhamad Nakhaie Bin Ishak, bersama ahli – ahli pengurusan Tertinggi RCB.
RCB sentiasa komited dalam memastikan operasi dan produk kemudahan pembiayaan yang ditawarkan adalah patuh shariah mengikut standard yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Tahniah kepada RCB kerana telah menerima sijil kepatuhan syariah untuk produk pembiayaan SKOPP ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *