Siri libat urus bersama usahawan-usahawan di sekitar daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Turut serta dalam libat urus ini ialah En. Ahmad Kamel Bin Md Nor, Pegawai MARA Daerah Port Dickson.
RCB bersama MARA giat mempromosikan Skim Pembiayaan SPED ini kepada usahawan bumiputera yang berminat mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan skim ini. Lawatan ke 6 buah premis perniagaan yang berpontesi adalah penting untuk memberikan informasi yang lebih lanjut kepada usahawan-usahawan yang berminat.
Program ini juga adalah merupakan satu inisiatif bagi memperkenalkan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang ditawarkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Rural Capital Bhd (RCB) sebagai agensi pelaksana bagi pembiayaan ini.