Kuala Lumpur , 22 Disember 2022 – Rural Capital Berhad (RCB) terus melaksanakan program sumbangan kepada pelajar asnaf yang merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat.
Sasaran penerima kali ini adalah merupakan 60 orang pelajar cemerlang daripada kalangan keluarga B40 yang sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur.
Sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB. Jumlah sumbangan keseluruhan bagi program ini adalah berjumlah RM10,860.00.
Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu para pelajar ini meneruskan kelangsungan hidup mereka dalam usaha melanjutkan pelajaran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *