Rural Capital Berhad telah menganjurkan Program RCB Retreat 2026 yang berlangsung selama 3 hari bertempat di Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan, dengan penyertaan seramai 35 orang warga kerja RCB.
Mengangkat tema “Mencorak Masa Depan, Memacu Kelestarian”, program ini menjadi platform kepada warga RCB untuk berkongsi idea, bertukar pandangan serta memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam mendepani cabaran dan peluang masa hadapan.
Antara pengisian utama program adalah sesi perbincangan dan pembentangan cadangan oleh para peserta yang kemudiannya dipersembahkan kepada YBhg. Datuk Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi Rural Capital Berhad.
Program turut menjadi ruang untuk mempereratkan silaturahim, membina kesepakatan dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga RCB.
Semoga segala idea dan aspirasi yang dicetuskan sepanjang RCB Retreat 2026 dapat diterjemahkan kepada langkah yang lebih strategik dalam memacu RCB ke arah organisasi yang lebih relevan, berdaya tahan dan mampan.
Mencorak Masa Depan, Memacu Kelestarian.
