IPOH, 19 Julai 2026 – Program Mikrokredit Turun Padang bertempat di Pasar Tani Medan Gopeng, Ipoh, Perak yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai penyelaras program dan MARA Negeri Perak sebagai penganjur perlaksana.
Program ini diserikan dengan kehadiran Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA, diiringi Encik Mohd Faiross bin Mohd Aris, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan MARA Negeri Perak dan turut disertai oleh pelbagai agensi strategik termasuk BSN, TEKUN Nasional, FAMA, SSM, Bank Rakyat, Agrobank dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Program ini bertujuan memperkukuh pembangunan usahawan mikro melalui penyediaan akses kepada pembiayaan, khidmat nasihat dan memberi bimbingan perniagaan kepada usahawan.
RCB turut dijemput dalam program ini untuk membuka booth bagi mempromosikan Skim Pembiayaan SPED & Takaful. Disamping itu juga RCB secara tidak langsung dapat menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi yang terlibat bagi memperluas akses pembiayaan tanpa cagaran kepada usahawan-usahawan dibawah agensi masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *