Rural Capital Berhad Salur Sumbangan Dalam Program Bantuan Cermin Mata CSR@YPM

KUALA TERENGGANU, 28 Jun 2026 – Rural Capital Berhad (RCB) Cawangan Terengganu terus komited melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyalurkan sumbangan bagi menjayakan Program Bantuan Cermin Mata sempena Kempen Wakaf x Infak Cermin Mata CSR@YPM anjuran Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Program yang berlangsung di Dewan Auditorium, JHEAT ini diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan penglibatan pelbagai agensi bagi membantu pelajar sekolah yang layak di seluruh Terengganu.
Sumbangan daripada RCB ini bertujuan menyokong penyediaan cermin mata kepada pelajar yang layak melalui pendekatan wakaf dan infak, sekali gus membantu meningkatkan tahap kesihatan penglihatan serta menyokong proses pembelajaran mereka.
RCB diwakili oleh Ketua Cawangan Negeri Terengganu, En. Qamarrul Syawal Nazir, bersama pegawai Pn. Shahmiza Adnan, yang turut hadir bagi menunjukkan sokongan terhadap pelaksanaan program tersebut.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan RCB dalam menyokong usaha memperkasakan pendidikan dan kebajikan pelajar, di samping memperkukuhkan kerjasama strategik bersama agensi berkaitan di negeri Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *