Bagan Datuk, 9 Mei 2026 – Rural Capital Berhad (RCB) terus memperkukuh komitmennya dalam agenda kebajikan dan pendidikan menerusi penglibatan di Majlis Peluncuran MARA Prihatin Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Bagan Datuk.
Melalui inisiatif Program Perlindungan Takaful Pelajar dan Program Bantuan Kebajikan Pelajar Asnaf, RCB menyalurkan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM61,566 demi memastikan kebajikan, perlindungan dan kesejahteraan pelajar terus diperkasa.
Majlis berprestij yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) itu turut menyaksikan penyerahan mock-up cheque oleh Ybhg. Datuk Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi RCB bersama Tn. Hj. Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB kepada Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk.
Dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung terdiri daripada pelajar, ibu bapa, guru dan masyarakat setempat, inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan RCB dalam memperkasa masa depan pendidikan, melindungi kebajikan pelajar serta menyantuni komuniti yang memerlukan.
RCB percaya bahawa setiap pelajar berhak menerima perlindungan, peluang dan sokongan bagi membina masa depan yang lebih baik.
