Batu Caves, 11 April – Rural Capital Berhad (RCB) turut mengambil bahagian dalam Kejohanan Futsal Piala Ketua Pengarah MARA yang telah berlangsung dengan meriah pada 10 dan 11 April 2026 bertempat di SLK Sport Centre, Batu Caves, Selangor.
Penganjuran kejohanan ini berjaya menghimpunkan warga MARA dari seluruh Malaysia dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan pelbagai agensi di bawah MARA.
RCB berbangga apabila salah seorang kakitangan telah mewakili pasukan MARA Kuala Lumpur, sekali gus mencerminkan komitmen serta semangat kesukanan tinggi dalam kalangan warga kerja RCB.
Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan semangat berpasukan, disiplin serta daya saing yang tinggi dalam setiap perlawanan, selaras dengan nilai-nilai positif yang diterapkan dalam organisasi.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah turut diserikan dengan penglibatan Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, yang bersama-sama menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.
RCB menyokong penuh penganjuran program seumpama ini sebagai platform memperkukuh hubungan strategik serta memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *