Kuala Lumpur, 15 April 2026 – Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Bayar & Menang MARAeps bagi bulan November 2025 & Hadiah Utama telah berlangsung dengan jayanya di Ibu Pejabat Rural Capital Berhad.
Hadiah-hadiah ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad dan diiringi barisan Pengurusan Tertinggi RCB.
Kempen Bayar dan Menang MARAeps 2025 ini bermula September sehingga November 2025, dan merupakan penganjuran kali ke-5 sejak diperkenalkan pada tahun 2021.
Pelbagai hadiah menarik telah ditawarkan kepada para peserta termasuk Nintendo Switch, E-Scooter, Xiaomi Watch S4 Smartwatch serta AEON e-Voucher sebagai hadiah saguhati. Hadiah utama bagi kempen tahun ini adalah sebuah EV Motor Lion (G1), di samping usaha kempen ini yang bukan sahaja membantu meningkatkan kutipan bayaran tetapi turut menyokong agenda pendigitalan pembayaran MARA melalui platform MARAeps serta memupuk budaya pembayaran yang lebih sistematik dan berdisiplin.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada para pengguna setia yang terus komited melaksanakan bayaran secara konsisten melalui MARAeps. Sambutan yang memberangsangkan ini membuktikan kepercayaan pengguna terhadap kemudahan digital MARAeps semakin kukuh, di samping menyokong usaha memperkasa budaya pembayaran yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *