28 Februari 2025 – Hari ini telah berlangsung sesi libat urus perniagaan antara Rural Capital Berhad (RCB) dan Google Education Malaysia. Perbincangan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh produk dan perkhidmatan sedia ada serta merancang pembangunan inovasi baharu yang bakal memberi impak besar kepada industri.
Delegasi Google Education Malaysia diketuai oleh Encik Danial Azizan, manakala delegasi RCB dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Hiruddin Hashim.
Menerajui Inovasi, Membentuk Masa Depan! 🚀