Jalinan Strategik Rural Capital Berhad dan Yayasan Food Bank Malaysia Dalam Pembangunan Komuniti Orang Asli

Kuala Lumpur, 10 September 2024 – Rural Capital Berhad (RCB) hari ini menerima kunjungan daripada Yayasan Food Bank Malaysia di Ibu Pejabat RCB, Tingkat 14, Menara MARA. Pertemuan ini bertujuan membincangkan kerjasama strategik untuk memelihara kebajikan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti Orang Asli. Usaha ini akan memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak, sekali gus memperkasa masyarakat terpinggir melalui program keselamatan makanan dan sokongan sosial yang lebih berkesan.
Delegasi Yayasan Food Bank Malaysia, yang diketuai oleh Encik Muhammad Hazlam Hazlinizam, Eksekutif Kanan Pembangunan Perniagaan, disambut oleh wakil-wakil RCB iaitu Encik Mohd Johari Idham bin Amiruddin, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Encik Al Rabani Hakim bin Mokhtar dan Encik Muhammad Faris Hilmi. Turut hadir dari pihak Yayasan Food Bank Malaysia ialah Puan Naimah Saleh dan Puan Puteri Nur Farisha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *