Kuching, 20-22 September 2024 – RCB Cawangan Negeri Sarawak telah dijemput oleh Pejabat MARA Daerah Kuching sebagai pempamer di Program Jelajah Karnival KPDN Peringkat Zon Sarawak 2024, bertempat di Tapak MetroCity Events Park Matang, Kuching.
Karnival ini dirasmikan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).β RCB Cawangan Negeri Sarawak mengambil peluang ini untuk mempromosikan produk Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan produk-produk Takaful kepada pengunjung.
Sebanyak lima kakitangan dari Pejabat MARA Daerah Kuching terlibat, termasuk Pn Siti Azyinie dan Pn Nur Stephanie dari RCB. Kerjasama antara kedua pihak diharapkan dapat meningkatkan prestasi cawangan dan membantu dalam kutipan.
βKita Penggguna, Daya Negaraβ