Majlis Perasmian Penutupan Program Mini KUD @ Padang Terap

KUALA NERANG, 29 Oktober – Program Mini KUD @ Padang Terap telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 27-29 Oktober 2022. Pelbagai acara, gerai jualan usahawan dan pameran daripada agensi kerajaan diadakan pada program tersebut. Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid.
Rural Capital Berhad telah menyumbang sebuah motosikal dan 2 buah basikal sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pemenang hadiah utama cabutan bertuah ini telah menerima sebuah motosikal Yamaha Ego Gear dan penyerahan telah disempurnakan oleh YB. Menteri KPLB.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar bin Abdul Manaf dan Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *