Kuala Lumpur, 28 Ogos 2023 – Jualan Desa Madani telah berlangsung dengan jayanya pada hari pertama di BUSANA@Menara MARA dan Medan MARA Kuala Lumpur dan majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Datoβ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi.
Majlis perasmian ini turut berlangsung bersama kibaran Jalur Gemilang dan nyanyian lagu Jalur Gemilang.
RCB juga tidak ketinggalan untuk menyertai Jualan Desa Madani sebagai pempamer di booth Jualan Desa Madani bagi mempromosikan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan Terminal EDC. Jualan Desa Madani berlangsung selama 3 hari, bermula pada 28-30 Ogos 2023 dari 10:00 pagi hingga 9:00 malam. Pelbagai aktiviti dan tawaran hebat diadakan seperti Jualan Rahmah, Demo masakan Masterchef, Pameran Kementerian dan Agensi, Booth Usahawan Selebriti dan Booth Usahawan Desa.