Program Melestarikan Pendidikan Komuniti Orang Asli bersama MARA

KUALA PILAH, 30 Oktober 2022 – Komuniti Kampung Guntur dan Kampung Chergun menjadi lokasi pilihan MARA Negeri Sembilan bagi menjayakan program Melestarikan Pendidikan Komuniti Orang Asli bersama MARA. Program ini adalah hasil kolaborasi di antara Pejabat MARA Negeri Sembilan bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kolej Poly-Tech (KPTM), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang, Rural Capital Berhad (RCB), PUSPANITA MARA dan U.N.I Klinik di negeri tersebut.
Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya malam kesenian dan kebudayaan yang mempersembahkan pertukaran budaya orang asli dan masyarakat luar telah menarik minat mereka untuk turut serta dalam aktiviti itu.
Sumbangan berbentuk wang tunai serta barangan keperluan asas kepada 100 pelajar dan 136 keluarga bernilai keseluruhannya berjumlah RM 16,800.00 turut disampaikan oleh pihak YPM, RCB dan PUSPANITA.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *