Pulau Pinang, 02 Februari 2023 – Satu sesi taklimat telah diadakan bertempat di Pejabat Cawangan Pulau Pinang bersama rakan strategik NGO iaitu Pertubuhan Usahawan Muslim Pulau Pinang.
Taklimat ini diadakan bagi membincangkan perancangan program bersama berkenaan penawaran produk Skim Pembiayaan Ekonomi Desa( SPED) & produk takaful kepada usahawan -usahawan Pulau Pinang.
Sesi ini telah disertai oleh wakil RCB, En.Mohd Rizal (Ketua Cawangan Negeri), Murni Shahira & wakil Pertubuhan, Pn. Zurilaili Binti Ishak (Setiausaha) & Dr Che Noriah (AJK).
Untuk makluman Pertubuhan Usahawan Muslim Pulau Pinang mempunyai keahlian lebih 283 orang usahawan. Satu sesi penerangan produk akan diadakan dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *