Kuala Lumpur, 17 Februari 2025 – Ibu Pejabat RCB telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari (BPPS) MARA iaitu Encik Abdul Wahab bin Mustaffa dan Encik Mohamad Lukmannorhakim bin. Kamuri, Penolong Pengarah BPPS.
Tujuan sesi libat urus ini adalah bagi mengeratkan silaturrahim antara RCB dan BPPS serta untuk membincangkan ruang dan potensi yang boleh dilaksanakan oleh RCB pada masa akan datang bagi meningkatkan imej serta pendapatan. Delegasi RCB juga disertai Hj Hiruddin Bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif dan barisan Ahli Pengurusan RCB.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengarah serta Penolong Pengarah BPPS kerana sudi membuat kunjungan hormat ini ke RCB.