Sabtu, 22 Februari 2025, Gerik – Team RCB Hikers pada hari ini telah berjaya untuk menjayakan misi menawan puncak Gunung Alai di Gerik, Perak.
Seramai 26 orang peserta yang merupakan kakitangan dari Pejabat Korporat RCB, cawangan Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Terengganu telah turut sama dalam usaha ini dengan ketinggian puncak pertama adalah setinggi 791 meter dan puncak kedua dengan ketinggian 766 meter. Aktiviti mendaki ini telah bermula pada jam 1.30 pagi dan berjaya sampai ke puncak pada jam 4 pagi.
Aktiviti ini adalah merupakan misi kelima Team RCB Hikers dalam usaha mereka untuk menawan 14 puncak gunung di setiap negeri di Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara kakitangan RCB di seluruh negara melalui aktiviti outdoor yang diadakan. Di samping itu juga dapat memperkenalkan jenama syarikat secara tidak langsung kepada masyarakat luar.
Teruskan mengikuti pengembaraan Team RCB Hikers untuk menawan puncak yang seterusnya. Terima kasih atas sokongan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *