RCB Raikan Aidilfitri bersama Pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Pemegang Taruh, Rakan Subsidiari dan Strategik di dalam Majlis Hari Raya Keluarga RCB 2025

Puchong, 12 April 2025 – Alhamdulillah, sempena Majlis Sambutan Hari Raya Keluarga RCB yang berlangsung penuh kemeriahan pada hari ini, RCB telah menyalurkan sumbangan wakalah zakat berjumlah RM41,405.00 kepada para pelajar SBJK.
Satu sesi penyerahan mock-up cheque turut diadakan sebagai simbolik penyerahan sumbangan ini yang telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi RCB kepada YBrs. Encik Zamzuri bin Abdullah, Pengetua SBJK. Sesi ini telah disaksikan oleh YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA, YBhg. Encik Mohamad Rafi bin Shahzada, Pengerusi MARA Corporation serta YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB.
Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran para pemegang taruh, rakan subsidiari, rakan strategik, warga kerja dan keluarga besar RCB. Kehadiran semua telah menceriakan suasana dan menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam komuniti RCB.
Lebih dari sekadar sambutan hari raya, majlis ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan ini membawa kegembiraan dan sinar harapan buat anak-anak SBJK.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *