Sepang, 26 November 2023 – Buat julung kalinya, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mencemar duli bagi menyertai Program Kayuhan RCB10 dan menyaksikan penyerahan Mock Cheque Zakat Perniagaan RCB Tahun 2022 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor.
Program Kayuhan RCB10 ini diadakan bersempena Ulang Tahun Rural Capital Berhad yang ke-10 bertempat di Avani Sepang Goldcoast Resort, Sepang, Selangor.
Seramai lebih 100 penyertaan daripada pelbagai syarikat dan agensi telah mengambil bahagian dalam Program Kayuhan RCB10 antaranya ialah warga kerja Majlis Amanah Rakyat (MARA), RCB, MAIPs, Team Tayar Golek (TTG) KL dan MARA Cycling Club.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *