8 Februari 2025, Bukit Jalil – Satu majlis Pandai Award Ceremony 2024 yang dianjurkan oleh Pandai Education Sdn Bhd telah berlangsung pada hari ini bertempat di Asia Pacific University (APU). Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pencapaian cemerlang pengguna-pengguna aplikasi Pandai yang terdiri daripada pelajar, guru, ibu bapa dan sekolah. Majlis ini juga turut memberikan pengiktirafan kepada rakan-rakan strategik Pandai seperti RCB.
Antara pencapaian utama usahasama di antara RCB dan Pandai sepanjang tahun 2024 adalah pembangunan Kurikulum Bersepadu Diniyyah (KBD). Program kurikulum ini sedang diintegrasikan ke dalam aplikasi Pandai dengan melibatkan lima subjek yang dijangka siap pada suku ketiga tahun 2025. Selain itu, RCB juga adalah merupakan salah satu penganjur utama program Coloring Contest Semarak Merdeka 2024 yang berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records dengan penyertaan pelajar yang luar biasa.
Majlis ini turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Google, Axiata, dan beberapa organisasi lain. Kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim menambah lagi kemeriahan majlis ini.
Kolaborasi ini disasarkan untuk berkembang dalam tempoh jangka masa panjang dengan matlamat untuk memperkukuhkan kemudahan dan fasiliti digital di dalam sektor pendidikan di Malaysia. Ini akan membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *