RCB X MERDEKA | MALAM BOLA SEPAK

Semangat Merdeka bukan sahaja dikibarkan dengan Jalur Gemilang, tetapi turut dizahirkan melalui semangat kesukanan, kebersamaan dan kekitaan dalam kalangan warga kerja Rural Capital Berhad.
Pada 18 Ogos 2026, warga RCB bersama YBhg. Datuk Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi RCB, telah turun ke padang bagi menjayakan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak RCB bertempat di UIA Football Turf.
Perlawanan ini menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, mengukuhkan semangat berpasukan serta merapatkan hubungan antara pihak pengurusan dan warga kerja RCB dalam suasana santai dan penuh semangat
Tak kira siapa menang, yang penting semangat satu pasukan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *