BRIDGING FINANCING GAP FOR BUMIPUTERA ENTREPRENEURS: FROM ACCESS TO SUSTAINABLE GROWTH

Rural Capital Berhad (RCB) dengan kerjasama PMB Tijari Berhad telah menganjurkan forum “Bridging Financing Gap for Bumiputera Entrepreneurs: From Access to Sustainable Growth” sempena sambutan 60 Tahun MARA di World Trade Centre Kuala Lumpur.
Forum ini menampilkan Ketua Perniagaan RCB, Encik Amansahrin bin Ahmad Moghni sebagai moderator, bersama panel usahawan daripada Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED).
Forum ini menghimpunkan pemain industri bagi membincangkan cabaran utama yang dihadapi usahawan Bumiputera, khususnya dari segi akses kepada pembiayaan yang mampan.Kemuncak program adalah pelancaran Skim Pembiayaan Kontrak Perkhidmatan & Pembekalan (SKOPP), satu inisiatif RCB yang bertujuan memperkukuh sokongan modal kerja serta meningkatkan keupayaan pelaksanaan kontrak, khususnya bagi projek di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Sebagai simbolik pelancaran mock-up cheque sejumlah RM20 juta pembiayaan telah diperuntukkan:
– RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
– RM10 juta kepada Felcra Bina Sdn Bhd
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan RCB dalam merapatkan jurang pembiayaan serta memperkasa usahawan Bumiputera untuk berkembang secara mampan dan berdaya saing.
Program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, serta dihadiri barisan kepimpinan daripada MARA, RCB, PMB Tijari dan rakan strategik.
Turut berlangsung sesi pertukaran kolaborasi strategik oleh PMBT dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan yang inklusif.
Program diakhiri dengan sesi dialog bersama Pengerusi MARA yang membuka ruang interaksi secara langsung dengan para usahawan.
RCB komited dalam menyediakan solusi pembiayaan berimpak tinggi demi menyokong pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *