RCB berbesar hati menjadi sebahagian daripada Pandai Ceremony Awards yang berlangsung di Asia Pacific University (APU), Bukit Jalil, anjuran PANDAI bagi meraikan pelajar dan institusi sekolah cemerlang yang menggunakan Aplikasi Pandai.
Majlis ini turut menyaksikan penyampaian Token of Appreciation kepada RCB sebagai rakan kerjasama strategik dalam usaha memperkasa agenda Environmental, Social & Governance (ESG) khususnya dalam aspek pendidikan, menerusi Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK).
RCB telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim dan Mohamad Arif Mohamed Ali, Naib Presiden KIK.
Tahniah kepada para pelajar, guru dan sekolah yang diraikan.
Anak-anak warga RCB turut digalakkan untuk memanfaatkan Aplikasi Pandai sebagai sebahagian sumbangan syarikat kepada pembangunan pendidikan generasi masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *