RCB Raih Anugerah Platinum Pengurusan Kawalan Kredit di Majlis Gala LICTA 2025

KUALA LUMPUR, 5 Disember 2025 — Rural Capital Berhad (RCB) mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Platinum bagi kategori Pengurusan Kawalan Kredit sempena Majlis Makan Malam Gala Lang International Corporate Titan Award (LICTA) 2025 yang berlangsung meriah malam tadi.
Majlis berprestij yang diadakan pada 5 Disember 2025 dihadiri oleh tokoh-tokoh industri, wakil agensi kerajaan serta pemain utama sektor korporat. Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA), MARA Corporation Sdn Bhd dan seluruh warga kerja RCB atas sokongan dan dedikasi yang menjadi tunjang kejayaan ini.
Anugerah ini menjadi bukti komitmen RCB dalam mengekalkan kecemerlangan pengurusan kewangan serta kesediaan syarikat untuk terus relevan dalam landskap industri yang sentiasa berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *