Rural Capital Berhad dengan kerjasama MARA Pickleball Club telah menganjurkan MARA Pickleball Tournament Piala RCB 2025 pada 29 November 2025, bertempat di Syok Pickle, Bangi.
Penganjuran ini bertujuan menggalakkan penglibatan warga kerja dalam aktiviti sukan, di samping memperkukuh hubungan silaturahim serta semangat berpasukan antara organisasi. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform kecergasan dan rekreasi, tetapi juga ruang untuk mempererat kerjasama strategik antara RCB dan MARA.
RCB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah mempamerkan komitmen, disiplin serta semangat kesukanan sepanjang kejohanan berlangsung. Tahniah diucapkan kepada para pemenang, dan syabas kepada semua yang telah memberikan penyertaan terbaik mereka.
RCB akan terus menyokong dan mempelopori inisiatif yang memupuk gaya hidup sihat, budaya positif serta nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja dan rakan kolaborasi.
