KELANTAN, 19 Mac 2025 – Majlis berbuka puasa peringkat Pejabat MARA Negeri Kelantan telah diadakan bertempat di Auditorium Pejabat MARA Negeri. Program ini merupakan anjuran Pejabat MARA Negeri Kelantan dengan dihadiri oleh kakitangan MARA, Kakitangan RCB, subsidiari MARA, Pengawal- Pengawal Pusat dan pelajar Tahfiz Madrasah Darul Ulum Ad-Diniah, Kg Apa-Apa Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan
Majlis dirasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Kelantan, En Zahrail Affenday Bin Mohamed. Rural Capital Berhad dan juga Yayasan Pelajaran MARA turut serta memberi sumbangan berupa duit raya dan bantuan tunai persekolahan kepada 30 orang pelajar Tahfiz yang hadir.
Semoga setiap amalan yang dibuat mendapat keredhaan & ganjaran pahala daripadaNYA.