Johor Bharu, 26 Februari 2025 – Rural Capital Berhad (RCB) pada hari ini menerima undangan Pej. MARA Negeri Johor sebagai penceramah dalam Program Seminar Transformasi Digital: ESG, Fin-Tech dan E-Invois yang telah diadakan bertempat di PMN Johor.

Seminar ini diadakan untuk memberi penerangan lebih lanjut serta mempromosikan transaksi tanpa tunai dan E-Invois kepada para usahawan MARA yang hadir.

Program ini adalah hasil kerjasama erat di antara pihak RCB dan MARA dalam usaha untuk mengetengahkan transaksi tanpa tunai di kalangan usahawan. RCB diwakili oleh Puan Wan Nazatul Aminah selaku Ketua Unit Teknologi Digital dan En. Ungku Faizal, Ketua Caw. RCB Negeri Johor sebagai antara penceramah dalam program ini bersama kakitangan RCB yang turut serta. Inisiatif seperti ini adalah salah satu bentuk sokongan pihak syarikat dalam memberi pencerahan kepada para usahawan berkenaan manfaat dan kepentingan dalam transformasi digital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *