Kuala Lumpur, 26 Februari 2025 – RCB pada hari ini telah menerima Sijil Kepatuhan Syariah bagi produk pembiayaan SKOPP-FGV, daripada penasihat Syariah, Elzar Shariah Solution & Advisory yang bertempat di Pejabat Korporat, Tingkat 14, Menara MARA.
Produk pembiayaan berkontrak SKOPP-FGV (Contract Financing) merupakan kontrak bina baru dan pembaikan rumah pekerja di bawah FGV.
Sijil Kepatuhan ini adalah bertujuan untuk memastikan operasi dan produk kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh RCB adalah patuh shariah mengikut standard yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Sijil Kepatuhan Syariah telah disampaikan oleh Pengasas Elzar Shariah Solution & Advisory, YBhg. Professor Dr. Zaharuddin Abd Rahman kepada YBrs. kepada Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad (RCB).
Turut hadir bersama adalah penasihat undang – undang RCB,Tetuan J.Lee & Associates yang diwakili oleh YBrs. Encik Muhamad Nakhaie Bin Ishak, bersama ahli – ahli pengurusan RCB.