Kuala Lumpur, 21 Januari 2025 – Rural Capital Berhad (RCB) telah mengadakan Program RCB Compass 2025 yang juga merupakan program ‘Townhall’ ketiga yang diadakan sebagai platform komunikasi secara langsung antara barisan pengurusan dan seluruh kakitangan termasuk cawangan negeri. Penglibatan program ini adalah seramai 217 kakitangan seluruh Malaysia yang bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.
Program ini berjalan dengan lancar dengan sesi perkongsian amanat daripada Pengerusi RCB, YBhg. Encik Noor Hariri bin Mohamed Noor yang menekankan konsep 3iP iaitu Intergriti, Inovatif, Ihsan dan Professionalisme yang merupakan amanat daripada Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki.
Seterusnya, Ketua Pegawai Eksekutif RCB, YBrs. Tuan Haji Hiruddin turut menyampaikan penerangan tentang kejayaan RCB pada tahun 2024 di mana RCB telah mencapai peningkatan pendapatan sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya. Pencapaian yang membanggakan ini adalah termasuk peningkatan prestasi daripada bahagian perniagaan seperti kutipan, pembiayaan, perlindungan takaful, teknologi digital dan cawangan negeri.
Di samping itu, RCB juga mengambil peluang untuk memberikan penerangan serba sedikit mengenai pelan perancangan produk-produk baharu kepada semua kakitangan, penyerahan watikah sasaran kepada semua Unit Perniagaan RCB bagi tahun 2025 dan simbolik penyerahan sumbangan RCB Peduli Pendidikan daripada syarikat kepada Kelab Rekreasi dan Kebajikan Rural Capital (KRKRC).
Semoga dengan pendekatan Program RCB Compass 2025 ini, semua kakitangan lebih bersemangat dan ‘competently functional’ bersama barisan pengurusan untuk mencipta lebih banyak kejayaan untuk masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *