Sesi Libat Urus GCEO MARA Corporation Bersama Rural Capital Berhad (RCB)

Rural Capital Berhad telah menganjurkan Sesi Libat Urus bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, YBhg. Encik Zulkarnain bin Taman, pada 8 Oktober 2024 bertempat di Ibu Pejabat RCB, Menara MARA.

Sesi ini bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik antara RCB dan MARA Corporation serta membentangkan gambaran menyeluruh mengenai prestasi semasa, aktiviti perniagaan, dan perancangan masa depan RCB.

Dalam sesi tersebut, YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB, memberikan pembentangan terperinci yang merangkumi prestasi kewangan syarikat, perkembangan aktiviti perniagaan dan cawangan, serta inisiatif strategik dan perancangan produk baharu yang bakal memperkasa lagi kedudukan RCB di masa hadapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *