Jitra, 08 Ogos 2024 – Telah berlangsung Program Pemerkasaan Wanita Peringkat Parlimen Kubang Pasu bertempat di MRSM Kubang Pasu, Kedah. Seramai 180 usahawan wanita telah dipilih bagi menyertai program tersebut. Program dirasmikan oleh YBhg Datuk Rosni binti Sohar (Ahli Majlis MARA).
RCB turut serta membuka reruai bagi mempromosikan pembiayaan SPED dan takaful kepada semua peserta yang hadir. Selain itu RCB turut menyerahkan sumbangan zakat kepada asnaf disekitar kawasan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *