Sg. Rambai, 11 Ogos 2024 – Rural Capital Berhad (RCB) turut serta dalam program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’Bendang dengan mempromosikan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan Takaful kepada pengunjung program ini yang telah diadakan di Kem Benteng Negara, Sg. Rambai, Melaka.
Selain itu, Cawangan Negeri turut mengedarkan flyers SPED kepada booth-booth usahawan di tapak KUD. RCB mengambil peluang memperkenalkan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) kepada usahawan bumiputera yang berminat mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan skim ini.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi.
TPM diiringi oleh Ketua Menteri Melaka, Ketua Pengarah MARA, Pengarah MARA Negeri dan EXCO-EXCO Negeri Melaka. Booth RCB juga dikunjungi oleh TKSU KKDW YBHG Dato Afandi dan YBrs Tuan Mohd Kamal, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Jusof dan YB Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem Timbalan EXCO Negeri Melaka.
Turut serta ialah CEO, Tuan Hj Hiruddin Bin Hashim, delegasi dari HQ, Encik Johari, Encik Muzahisham, UPR, UPN, CN Melaka dan CN Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *