PERLIS, 6 Julai 2024 – Tahun 2024 merupakan tahun ketiga bagi Rural Capital Berhad (RCB) menyumbang zakat perniagaan bagi tahun 2023 sebanyak RM 1 juta kepada Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada hari ini bersempena dengan Program Kayuhan MAIPs Peduli yang diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Kg Seberang Ramai, Kuala Perlis.
Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mencemar duli bagi menyaksikan penyerahan Mock Cheque Zakat Perniagaan RCB Tahun 2023 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor.
Program MAIPs Peduli turut mengadakan aktiviti kayuhan bersama DYMM Pemangku Raja Perlis kolaborasi bersama Multimedia University (MMU) dan Team Tayar Golek Kuala Lumpur. RCB juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti kayuhan ini dan bersama-sama mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *