Shah Alam, 16 April 2024 -Alhamdulillah, selesai sudah sesi menandatangani DOA bagi pembiayaan SKOPP yang pertama bersama Pengarah GiatMARA Negeri Selangor, En Azizan Bin Bedin bertempat di Pejabat GiatMARA Negeri Selangor.
RCB turut mengambil peluang ini dengan berkongsi info-info berkaitan SKOPP sekaligus menjalinkan hubungan kerjasama bersama GiatMARA bagi membantu melancarkan proses permohonan pembiayaan SKOPP di bawah Program Perumahan Termiskin (PPRT).
Pegawai RCB yang terlibat adalah Cik Nadia Binti Najmuddin (Unit Pembangunan Produk/Risiko), Puan Norzita Binti Dayani (Unit Pembiayaan) dan En Afiq Bin Yusri (Unit Pembiayaan).