Kajang, 3 April 2024 – Rural Capital Berhad (RCB) telah menyampaikan sumbangan kepada para pelajar asnaf dan yatim Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang (SMKTK) sebanyak RM10,000.00 kepada pelajar asnaf dan yatim dalam Program Infaq Ramadan dan Idul Fitri Tahun 2024 hari ini.
Di samping itu turut menyumbang, para guru SMKTK dan PIBG SMKTK kepada 185 pelajar asnaf dan yatim bagi persiapan menyambut bulan Syawal bersama orang tersayang di samping meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan persekolahan. Sumbangan duit raya ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR) Kementerian Desa dan Wilayah (KKDW).
Turut hadir memurnikan program ini, Encik Zaflin bin Pakwanteh, Setiausaha Bahagian Pembangunan Usahawan Desa KKDW, YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB dan YBrs. Encik Mohd Fauzi bin Abu Bakar, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang.