PULAU PINANG, 13 Mac 2023 – Satu sesi taklimat telah diadakan bertempat di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) , Pulau Pinang bersama rakan strategik RCB iaitu Sentinel Insurance Brokers Sdn Bhd.
Taklimat ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai tawaran produk perlindungan takaful oleh RCB kepada kakitangan PERDA.
Wakil dari pihak PERDA yang hadir ke taklimat takaful ini ialah En. Afifi Hafiz bin Abdul Halim (Pegawai Eksekutif Pentadbiran), dengan turut disertai oleh En. Mohd Rozi bin Yahaya ( Pegawai Eksekutif (Pengurusan Fasiliti).
Turut sama dalam sesi taklimat ini ialah En Rahman Shah Bin Mohamad Ibrahim ( Head Of Retail Business), En. Mohd Rizal Bin Husin serta wakil Sentinel Insurance Brokers Sdn Bhd ,M. Rasidi Mustapha (General Manager. Broking)