Hari ini telah berlangsung satu program Kayuhan Jalinan Kasih Majlis Amanah Rakyat (MARA) & Rural Capital Bhd (RCB) yang bertempat di Kampung Surau, Kangar, Perlis.
Program ini adalah merupakan satu usahasama di antara MARA dan RCB bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk memberikan sumbangan kepada asnaf dalam bentuk tunai dan menampung kos senggaraan bagi memperbaiki 3 buah rumah keluarga asnaf yang terpilih. Turut hadir bersama di dalam program ini adalah YBhg. Datoβ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB bersama pengurusan MARA Ibu Pejabat dan Pejabat MARA Negeri Perlis, Rural Capital Berhad (RCB), GIATMARA, Petronas Lubricants Marketing Malaysia, jabatan dan agensi-agensi persekutuan negeri.
Di dalam majlis ini, DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenaan untuk menghulurkan wang wakalah kepada RCB yang diwakili oleh Tuan Haji Hiruddin.
Program ini juga bersempena dengan Sambutan Hari MARA yang ke 57 dan Ulang Tahun RCB yang ke 10.