Pahang, 07 Februari 2023 – Satu sesi taklimat telah diadakan bertempat di Pejabat MARA Negeri Pahang bersama Pengarah MARA Negeri Pahang dan Pegawai MARA Daerah Pahang.
Taklimat ini diadakan bagi membincangkan perancangan program bersama berkenaan penawaran produk Skim Pembiayaan Ekonomi Desa( SPED) & produk takaful kepada usahawan -usahawan dibawah MARA.
Sesi ini telah disertai oleh wakil RCB, Pn Nur Suhara (Ketua Cawangan Negeri), Pn Haslina & Pn Shahida.