RCB pada 19 Januari 2023 telah melakukan satu kunjungan ke East Coast Economics Region Development (ECER) bagi membincangkan berkenaan potensi kolaborasi bersama untuk produk Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang bertempat di ECER Putrajaya dihadiri oleh Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB, En Amansahrin Ahmad Moghni dan Puan Siti Hajar Aladin. Kumpulan ECER yang diketuai oleh En Ismail Surip, Puan Hazlina Md Hairi dan En Aliff Fahmi Radzi dari Bahagian Pembangunan Modal Insan.
Pertemuan ini memfokuskan kerjasama yang boleh diwujudkan bagi membantu usahawan-usahawan di pantai timur di bawah kendalian ECER bagi mendapatkan perkhidmatan pembiayaan SPED yang ditawarkan oleh RCB.