KUALA LUMPUR, 10 Disember 2022: Telah berlangsung sesi penyerahan zakat perniagaan Rural Capital Berhad bagi tahun 2021 kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM945,934.00 di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur hari ini.
Serahan tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad (RCB) dengan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *