UTC Selangor, Shah Alam, 25 April 2024 – Pihak RCB Cawangan Negeri Selangor telah memberi taklimat berkenaan dengan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan juga Skim Pembiayaan Kontrak Perkhidmatan dan Pembekalan (SKOPP) Berserta Produk-Produk Takaful yang diadakan semasa perjumpaan seramai 50 orang usahawan kontraktor bersama Pejabat MARA Negeri Selangor pada pukul 10.00 pagi tadi.
Pegawai RCB yang terlibat adalah Encik Ahmad Afiq (Ketua Cawangan Negeri Selangor) Puan Ziana dan Encik Shahril.